Template by:
Free Blog Templates

Photobucket

Tuesday, August 4, 2009

METODE DAKWAH MELALUI AKHLAK : SABAR ITU INDAH

لايكلف الله نفسا إلا وسعها لها ما كتسبت
Maksudnya :
Allah tidak memebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.Ia mendapat pahala dari kebajikan yang diusahakannya dan ia mendapat siksa dari kejahatan yang dikerjakannya.
Surah al-baqarah ayat : 284
“Bila kau memandang segalanya dari tuhanmu yang mencipta segalanya,yang menimpakan uijian dan menjadikan sakit hatimu,yang membuat keinginanmu terhalang serta menyusahkan hidupmu,pasti akan damailah hatimu kerana masakan Allah sengaja mentaqdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia. Bukan Allah tidak tahu deritanya hidupmu,retaknya hatimu tapi mungkin itulah yang Dia mahu kerana Dia tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab denganya…Itulah yang Dia mahu sebenarnya.”

Sesungguhnya Allah Maha mengetahui setiap dugaan yang diberikan kepada hambanya, tujuannya adalah untuk melihat tingkat keimanan hambanya sekaligus hamba itu merupakan di antara golongan terpilih di kalangan hamba-hamba yang disayangiNya. Bersyukurlah engkau wahai sahabatku seandainya Allah memberi dugaan tidak kiralah dugaan yang hebat dan berat mahupun hanya sekecil kuman. Setiap dugaan dan ujian yang diberikan oleh Allah sesuai dengan kesanggupan hambanya dan mempunyai hikmah yang terselindung.
Bersabarlah wahai sahabatku dalam menghadapi liku-liku ujian, sesungguhnya engkau adalah insan yang terlalu bertuah dan dari golongan yang terpilih untuk mengahadapi dugaan ini. Sabar itu sungguh indah wahai sahabatku, dan sabar juga merupakan sebahagian daripada imanmu. Untuk mendapat cintaNya cukup susah sekali, perlu lalui semua ranjau penghidupan dan menerima sagala ujian dunia ini sebagai jalan untuk menuju cintaNya. Sabar itu amat penting wahai sahabatku, matahari tidak langsung muncul di atas langit melainkan terbit kemudian naik sedikit demi sedikit hingga semakin terang cahayanya.Tanaman juga tidak tumbuh dengan serta merta.Ia memerlukan kesabaran dan perawatan. Ini menunjukkan bahawa setiap sesuatu itu perlu dilalui dengan penuh kesabaran untuk mencapai hasil yang penuh dengan kenikmatan Allah.
Dialah yang Maha Esa dan Dzat tempat bergantung seluruh makhluk. Allah itu Maha sabar, Dia didurhakai oleh hambanya dengan tidak menunaikan amanah Allah sebagai khalifah di muka bumi ini namun Allah tetap memaafkan selagi mana hambanya itu ingin bertaubat padaNya. Oleh itu, bersabarlah dan serahkanlah padaNya, mengadu dan bergantung haraplah hanya padaNya. Sesungguhnya Allah itu Maha mendengar segala rintihan hambanya dan sesungguhnya Allah rindu akan rintihan hambanya.
Sebagai motivasi buatmu wahai sahabatku, inginku nukilkan kisah hidup insan yang paling dicintai dan merupakan kekasih oleh Allah s.w.t. Beliau lahir dalam keadaan yang yatim tanpa seorang ayah, kemudian disusuli pula dengan kematian ibu yang dicintaainya , ayah saudaranya yang banyak membela dan menolonya, isteri yang dicintainya dan anak-anak kesayangannya. Beliau digelar al-amin iaitu orang yang jujur dan boleh dipercayai tetapi setelah mula berdakwah beliau dianggap sebagai pembohong dan gila.Beliau ditertawakan, diejek bahkan mengganti panggilan beliau dengan panggilan yang tercela.Harga diri beliau dicemarkan oleh golongan munafik dan mereka membuat fitnah yang dasyat terhadap isteri beliau.Beliau berjuang dalam menegakkan agama seringkali tidak menemukan makanan sehingga beliau meletakkan dua batu pada perutnya untuk menahan rasa lapar.
Ujian yang paling hebat bagi beliau ialah semasa beliau mula berdakwah di Thaif yang mana penduduk Thaif melempari Rasulullah dengan batu –batu dan sebahagian ada mengatakan “Apakah Allah tidak menemukan orang yang lebih baik dari kamu untuk diutuskan kepada kami?”Ada juga yang mengatakan “Demi Allah,meskipun aku melihatmu bergantung pada kaabah dan engkau bersumpah bahawa engkau adalah seorang nabi,aku tidak akan mempercayaimu!”. Dalam perang uhud pula, beliau jatuh ke dalam gaung yang mana beberapa batang gigi beliau tercabut dan mukanya berlumuran dengan darah. Namun semangat yang ada dalam diri beliau, tentera Islam menang dalam peperangan itu. Betapa hebatnya ujian yang Allah berikan kepada insan ini.
Adakah engkau kenal siapakah insan yang hebat ini????. Beliau ialah Nabi kita, iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Hebatnya kekasih Allah ini, apabila mendapat ujian baginda akan sujud dan berkata “pendengarankau, penglihatanku, sumsumku, dan tulangku tunduk patuh kepadaMu”. Baginda tidak pernah merungut bahkan berpaling dari Allah, malah ujian ini membuatkan baginda lebih kuat dan semangat dalam berdakwah. Pernahkah engkau bertemu dengan seseorang yang mendapat ujian seperti Rasulullah s.a.w? Nabi merupakan insan yang paling dicintai Allah, tapi demikian baginda menerima terlalu banyak ujian berbanding insan-insan lain. Sebagai insan yang mempunyai akal, kembali semulalah pada fitrah kejadian manusia,berfikirlah andai Rasulullah yang paling dicintai Allah menerima dugaan sehebat ini,bagaimana pula dengan kita???
Oleh yang demikian, bersabarlah dengan ujian yang mendatang pada diri kita. Bersabarlah sebagaimana kesabaran orang yang yakin akan datngnya pertolongan Allah, orang yang tahu akan sebaik-baik tempat kembali, orang yang mengharapkan pahala, dan orang yang mengharapkan terhapusnya dosa. Bersabarlah,sesungguhnya pertolongan akan datang setelah kesabaran, kelapangan akan datang setelah kesusahan dan kemudahan akan datang setelah kesulitan.

No comments:

Post a Comment

:: Panduan Hidupku ::