Template by:
Free Blog Templates

Photobucket

Tuesday, August 4, 2009

KOD ETIKA DALAM BERDAKWAH 001 KESABARAN 002 KEBIJAKSANAAN 003 BERAKHLAK

Menyeru manusia kepada jalan Allah s.w.t dengan menganjurkan berbuat amal soleh adalah suatu pekerjaan yang amat mulia disisi Allah. Ia adalah suatu pekerjaan yang baik dan paling suci di atas dunia ini. Pekerjaan itu memberi faedah besar bagi manusia kerana dengan iman dan amal soleh manusia dapat mencapai keselamatan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Menyeru manusia untuk beriman atau menyeru orang beriman untuk berpegang teguh dengan ajaran Islam, menghindarkan manusia daripada kesengsaraan hidup dunia dan akhirat. Kerana itulah para Nabi dan Rasul, terutamanya Nabi kita Muhammad s.a.w dan para sahabatnya mengorbankan waktu, umur, tenaga, minda dan harta mereka untuk menyeru manusia agar beriman kepada Allah.
Tatkala Rasulullah menyeru manusia beriman dengan Allah baginda menghadapi pelbagai tentangan, penghinaan, ancaman daripada masyarakat jahiliah. Mereka tergamak melemparkan najis unta ke kepala Rasulullah namun baginda tetap memelihara akhlaknya.
Dek kerana akhlak yang mulia itu, akhirnya manusia yang jahil itu lama kelamaan semakin sedar akan kejahilan dirinya dan berbondong-bondong memasuki Islam.
Sebagaimana sebuah kisah pada zaman Rasulullah yang menyeru manusia musyrik ke jalan Allah, berkat kebijaksanaan dan akhlak spoan baginda dalam berdakwah Da’tsur dan segala pasukan tenteranya telah masuk Islam.
Sebagaimana yang diketahui, dalam satu pertempuran melawan kaum musyrikin yang diketuai oleh Da’tsur dan tentera pimpinan Rasulullah. Setelah bertempur selama beberapa hari, kedua-dua pasukan sudah keletihan, kelesuan, menderita, dan kehausan kerana kekurangan bekalan makanan. Akhirnya kedua-dua pihak telah bersetuju untuk melakukan gencatan semjata selama 24 jam. Pda waktu utu, tentera Islam termasuk Rasulullah sendiri mengambil kesempatan untuk beristi rehat dibawah naungan pokok kurma bagi mengelak daripada panas terik matahari.
Akan tetapi kaum musyrikin menggunakan waktu itu sebagai helah. Pada malam hari yang gelap tanpa sinaran bulan. Da’tsur bersama beberapa askarnya bergerak mengintai pasukan tentera Islam yang ketika itu sedang tidur nyenyak. Da’tsur dengan senyap menghampiri Rasulullah yang sedang tidur sambil bersandar pada pokok kurma. Apabila dia telah berda dihadapan Rasulullah Da’tsur mencabut pedang dan diacukan ke leher Rasulullah. Mungkin ingin bermegah dan berlagak sombong dia mengejutkan Rasulullah dan seraya berkata “ Hai Muhammmad, sekarang siapa dapat mempertahankan nyawamu daipada aku ini ?”
Rasulullah menjawab “ Allah yang akan mempertahankan nyawa aku dari mata pedang ini”
Mendengar jawapan yang tidak disangka itu, Da’tsur kagum dan terpesona, sehingga gementar seluruh tubuh badannya, hilang seluruh tenaganya, sehingga pedang yang diacu ke leher Rasulullah itu jatuh menyembah bumi. Dengan pantas, Rasulullah bangun mengambil pedang dan mengacukan semula kepada Da’tsur dengan berkata “ Da’tsur, siapa yanga akan menyelamatkan nyawamu dari mata pedang yanga ada padaku ini?
Denagn badan gemantar dan ketakuatan, Da’tsur menjawab : ‘ Tidak ada yang dapat menyelamatkan nyawa aku dari mata pedang itu, hanya engkau yang dapat menyelamatkan.
Pada saat yang aamt kritis itu, berlakulah satu kebijaksanaan Rasulullah yang penuh dengan rasa hiba dan kasiahan terhadap musuhnya sendiri disertai dengan perasaan maaf yang sebesar-besaranya. Tepat, sebagaimana yang diucapakan oleh Zaid bin Sa’nah, bahawa rasa santunnya selalu mendahului marahnya.
Melihat musuhnya yang ketakutan itu dan tidak berdaya itu, Rasulullah berkata kepada Da’tsur : Hai Da’tsur, ketahuilah bahawa Allah juga yang dapat mempertahankan nyawamu dari mata pedang detanganku ini, bukan aku yang menyelamatkan nyawamu.”
Rasulullah tanpa ragu-ragu lau menyerahkan pedang itu kembali kepad Da’tsur, dengan alasan bahawa saat itu masih berlaku perjanjian penghentian perang. Dengan perasaan lega serta terharu, Da’stur megambil pedangnya dan kembali semula kepada pasukannya dengan perasaan lain. Jika sebelum itu dia mendapatka Rasulullah dengan perasaan marah , dendam dan benci sehingga bersemangat sekali untuk membunuh baginda, kini dia kembali dengan perasaan terharu, kasih dan cinta, terpesona dengan akhlak dan ucapan-ycapan yang keluar dari mulut kekasih Allah itu.
Setelah beliau kembali semula kepada kepada pasukannya, Dat’tsur berkata kepada mereka : Aku kembali dari pertemuan dengan sebaik-baik manusia. Lalu menceritakan akan peristiwa yang terjadi antara Da’tsur dan Rasulullah kepada pasukannya, lantas itu, seluruh pasukan D’tsur menjadi terharu, berubah pandangan mereka terhadap Rasulullah dan kaum Muslimin.
Akhirnya, serentak Da’tsur dan pasukanya itu menyatakan diri menjadi pengikut Rasulullah dengan menganut Islam. Hanya dengan berakhlak mulia dan kebijaksanaan mampu melawan musuh sekaligus dapat mengislamkan musuh.
Maha Besar ALLAH yang telah berfirman yang bermaksud: “ Tidak sama akibatnya cara-cara yang baik dengan cara-cara yang tidak baik. Maka tolaklah ( cara-cara yang tidak baik yang dilkukan oleh pihak musuh ) dengan cara yang lebih baik, sehingga orang yang menaruh permusuhan terhadap dirimu, seolah-olah akan menjadi sahabatmau.”
Dan tidaklah diberi sifat kebijaksanaan yang demikian itu kecuali kepada orang-orang yang sabar, dan tidaklah dapat melakukan kebijaksanaan yang demikian itu, kecuali orang-orang yang mendapatkan kebahagiaan yang besar sekali.

No comments:

Post a Comment

:: Panduan Hidupku ::