Template by:
Free Blog Templates

Photobucket

Monday, February 1, 2010

SemANiS peRjUAnGaN..


"Hai orang-orang yang beriman! Taatilah Allah, taatilah Rasul dan Ulilamri (Amir) di antara kamu. Kemudian jika kamu berselisih pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (al- Quran) dan Rasul (al-Hadith) jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Akhir". AN-NISAA', 4:59. "Dan janganlah kamu menyerupai orang-orang yang bercerai-berai (berpecah-belah) dan berselisih setelah sampai keterangan yang jelas kepada mereka. Mereka itulah orang-orang yang mendapat seksa yang berat". ALI IMRAN, 3:105. "Dan janganlah kamu menjadi orang-orang yang mempersekutukan (mensyirikkan) Allah, iaitu (dengan menjadikan diri kamu seperti golongan) orang-orang yang memecah-belah agama mereka, (iaitu dengan cara) mereka mengadakan (lagi) beberapa golongan. Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang mereka punyai". AR-RUM, 30:31-32. Allah s.w.t dan RasulNya telah mewajibkan kepada semua umat Islam supaya mengwujudkan perpaduan dalam satu jamaah. Islam mengharamkan kekucar-kaciran serta perpecahan dalam semua aspek kerana ia akan melemahkan kekuatan jamaah. Jamaah Islam diumpamakan sebagai sebatang tubuh. Sebagaimana hadith Nabi s.a.w: "Diriwayatkan daripada Nu'man bin Basyir r.a katanya : Rasulullah s.a.w bersabda : Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal berkasih sayang dan saling cinta-mencintai adalah seperti sebatang tubuh. Apabila salah satu anggotanya mengadu kesakitan, maka seluruh anggota tubuh yang lain turut merasa sakit" H/R Bukhari. Orang-orang yang keluar dari jamaah, berpecah-belah atau mengarah kepada perpecahan telah disamakan hukumnya ke atas mereka oleh syara dengan kedudukan orang-orang melakukan bid'ah atau kafir yang musyrik. Kewajiban bersatu dalam satu jamaah dan larangan dari bercerai-berai (berfirkah) dapat dibaca dan difahami dari nas-nas (hujah-hujah atau dalil-dalil) dari al-Quran dan al-Hadith. Sebagaimana firman Allah s.w.t: "Dan berpegang teguhlah kamu semua kepada tali Allah (bersatu), dan janganlah kamu berpecah-belah (bercerai-berai)". ALI IMRAN, 3:103. Kejayaan perjuangan Nabi Muhammad s.a.w bermula dengan mewujudkan jamaah. Setelah terbina jamaah Nabi Muhammad s.a.w memberi peringatan kepada anggota jamaah supaya jangan berpecah belah. Perpecahan adalah kecelakaan di dunia dan di akhirat. Kerana mereka yang berpecah akan keneraka. Sebagaimana hadithnya: "Sesungguhnya penganut agama dua kitab (Yahudi dan Nasrani) terpecah menjadi 72 golongan. Dan sesungguhnya umat ini (umat Islam) akan berpecah kepada 73 golongan. Semua golongan tersebut ke neraka, kecuali satu, iaitu jamaah. Diriwayat yang lain disebut: Para sahabat bertanya: Siapa golongan tersebut wahai Rasulullah? Baginda bersabda: (Jamaah) yang mengikuti jalanku dan jalan para sahabatku". H/R

1 comment:

  1. emm yang ni sy sangat setuju... jgn kita berpecah belah :)

    ReplyDelete

:: Panduan Hidupku ::