Template by:
Free Blog Templates

Photobucket

Friday, November 13, 2009

FIqH auLaWiyat Dalm Gerakan Dakwah..


Prof. Al Syeikh Yusuf Al Qardhawi seorang tokoh ilmuan dan daie yang ternama pada abad ini telah mengemukakan pandangan secara terbuka bahawa Gerakan Dakwah Islam pada masa ini dan masa akan datang hendaklah memahami serta melakukan implikasi 'fiqh Al-Aulawiyat' dalam Gerakan Dakwah, menurut Al Syeikh Yusuf Al Qardhawi hilangnya dimensi fiqh Al Aulawiyat di kalangan para daie telah mengakibatkan pelbagai kesilapan dan kekeliruan berlaku. Justeru itu, beliau telah mengetengahkan orientasi bahawa dalam fiqh semasa dua buah buku beliau yang terpenting dalam menganalisiskan konsep tersebut iaitu Al-Aulawiyat Al-Harakat Al-Islamiyah Fi Al-Marhalati Al-Qadimah (Keutamaan dalam Gerakan Islam Pada Tahun Mendatang) dan Fiqh Al-Aulawiyat Dirasatun Fi Dhaui Al-Quran Wa Assunnah An Nabawiyyah (Fiqh Al-Aulawiyat - satu kajian dari perspektif Islam Quran dan Sunnah).

Menurut Al Syeikh Yusuf Al Qardhawi fiqh Al Aulawiyat itu bererti meletakkan suatu pertempatan dengan adil. Segala jenis hukum hakam, amal dan nilai-nilai dalam Islam oleh terikat dengan fiqh Al Aulawiyat ia harus didasarkan kepada prinsip mengutamakan suatu perkara ke atas suatu perkara yang lain. Justeru itu, suatu yang kurang penting tidak wajib dipentingkan. Apa yang wajar didahulukan hendaklah diketengahkan suatu yang wajar dikemudiankan hendaklah dikemudiankan, perkara yang kecil tidak wajar dibesar-besarkan, sementara perkara yang penting tidak wajar dipermudah-mudahkan. Denga lain perkataan tiap-tiap suatu hendaklah diletakkan pada tempatnya secara berimbangan. Allah S.W.T berfirman : 'Dan Allah telah meninggikan langit dan meletakkan neraca keadilan, supaya kamu jangan melampaui batas tentang neraca itu, dan tegakkanlah timbangan itu dengan adil dan janganlah kamu mengurangi neraca itu. (Surah Ar Rahman, Ayat 7-9)

Dalam syariah Islamiah, ulama menetapkan lima perkara yg perlu dijaga yg dikenali sebgai al-kuliyat al-khmsah iaitu agama,jiwa,keturunan,akal dan harta benda. Maslahah ini pula terbahagi kepada 3 kategori iaitu, dharuriyat, hajiyat dan tahsinat.
  • Al-Dharuriyat ialah sesuatu yg kita tidak berupaya hidup melainkan kewujudannya.
  • Al-Hajiyat ialah kehidupan yang dapat berlaku tanpa perkara itu.
  • Al-Tahsinat ialah sesuatu yang dipergunakan bagi menghias dan mempercantikkan

Apabila bertembung dua maslahah dalam satu kategori ini hendaklah diutamakan agama daripada jiwa,jiwa daripada keturunan,keturunan daripada akal,akal daripada harta.Islam mengharusakan membuka aurat ketika hendak berubat,kerana membuka aurat adalah perkara tahsini manakala mengubati penyakit dalah dharuri.Islam mengharuskan minum arak apabila dipaksa atau dalam darurat kerana menjaga diri dan jiwa lebih utama daripada menjaga akal.Izzuddin bin Abdul Salam dalam bukunya Qawaid al-Ahkam mengatakan,''harus berubat dengan najis apabila tiada ubat yang bersih ketika darurat kerana membiarkan tanpa berubat lebih besar akibatnya.

Dalam perlantikan ketua negara ia mestilah mencapai tahap mujtahid tetapi apabila tiada orang yang mencapai tahap itu maka dapat dilantik orang yang bertaqlid kerana jikalau membiarkan pemerintah tanpa ketua boleh menyebabkan kepincangan serta kerosakan yang lebih besar dalam negara. Contohnya,para sahabat berhimpun di bani Saqifah bagi melantik ketua negara bagi menggantikan Rasulullah SAW lebih utama daripada memakamkan Rasulullah keran membiarkan kaum muslimin ketika itu tanpa ketua akan mengakibatkan fitnah. Jelas,sahabat mengikut urutan keutamaan dengan memilih ketua negara selepas itu barulah memaqamkan Rasulullah.

Sembahyang tarawikh pada bulan Ramadahan lebih afdal daripada sembahyang sunat-sunat lain kerana sembahyang Tarawikh hanya khusus untuk bulan Ramadahan sahaja. Ketika umat Islam dalam keadaan tertindas,dibunuh maka jihad ketika itu lebih afdal daripada berada di masjid semata2.

Kesimpulannya, bagi menentukan amalan yang paling baik adalah mengikut masa,tempat dan keadaan.Abdul Karim Zaydan menjelaskan dalam bukunya Usul Dakwah:Kaedah bagi menentukan amalan soleh ialah yang afdal ialah amalan yang dituntut oleh syarak pada waktu dan mas yang tepat. Solat fardu ketika masuk waktunya lebih afdal daripada solat sunat.Begitu juga puasa di bulan Ramadhan lebih afdal daripada ibadat lain.

oleh: Mohd Rumaizuddin Ghazali


No comments:

Post a Comment

:: Panduan Hidupku ::