Template by:
Free Blog Templates

Photobucket

Sunday, April 5, 2009

KENALI SEORANG AHLI FALSAFAH YANG BEGITU HEBAT DALAM DUNIA PSIKOLOGI....


IBNU MISKAWIH

Pada dasarnya Miskawaih merupakan seorang ahli sejarah dan moralis, di samping dikenali sebagai seorang penyajak. Beliau melibatkan diri dalam pengajian Kimia bukan kerana ilmu sains tetapi kerana pencariannya terhadap emas dan kekayaan. Tetapi kemudiannya beliau beralih kepada pengajian kod etika. Beliau mencatatkan transformasi moralnya dalam tulisan beliau “Tahdhib al-Akhlaq”. Selain buku itu, beliau juga mengarang buku Tartib al-Sa’adah dan Jawidan Khirad.
Ibni Miskawaih juga adalah seorang ahli perubatan, ahli falsafah dan ahli sejarah. Di antara pendapatnya mengenai hakikat jiwa ialah jiwa itu suatu jauhal yang simple yang tidak boleh dirasa dengan daya pancaindera. Jiwa itu tidak berjisim dan bukan sebahagian dari jisim. Sebagai buktinya ialah jiwa boleh menerima serentak satu waktu gambaran-gambaran yang berlawanan seperti putih dan hitam, sedangkan jisim-jisim tidak begitu. Begitu juga jiwa boleh menerima gambaran-gambaran yang ditangkap oleh pancaindera dan gambaran-gambaran yang ditanggap oleh akal.
Beliau juga menguasai dan mempunyai kepakaran setiap bidang yang
dipelajarinya. Ibnu Maskawaih juga ahli sejarah dan ilmuwan akhlak
yang handal. Semua ilmu pengetahuan itu tidak dipelajari sekali gus
seperti yang sering dilakukan oleh sarjana Islam yang lain. Beliau
mempelajarinya secara berperingkat-peringkat dan akhirnya mendapati
bidang falsafah sesuai dengan dirinya sebagai seorang pemikir.

Memulakan kerjayanya sebagai doktor sebelum dilantik menjadi
setiausaha kepada beberapa orang menteri seperti Mueiz al Daulah.
Pengalaman tersebut memberikan beliau peluang yang luas untuk
mendampingi masyara¬kat dan orang ramai.

Selepas kematian Mueiz, beliau dilantik oleh Menteri Ibnu Amid menja¬di
ketua perpustakaan. Kesempatan ini telah digunakan untuk menelaah
berbagai-bagai buku yang ditulis oleh para ilmuwan Islam dan Yunani.
Selepas itu, beliau dilantik pula sebagai Ketua Pemegang Amanah
Khazanah yang bertanggungjawab menjaga Perpustakaan Malik Adhdud
Daulah yang memerintah dari tahun 367-372H. Dengan pengetahuan
dan pengalaman yang ada padanya, Ibn Muskawaih telah berjaya
membina ketokohannya sebagai seorang ilmuwan yang mempunyai
pengetahuan yang luas dalam pelbagai bidang.
Banyak teori telah dihasilkan oleh beliau dan tidak terbatas kepada
bi¬dang falsafah semata-mata. Beliau menulis berbagai-bagai kitab yang
membicarakan pelbagai persoalan. Antaranya Kitab al-Fauz al-Saghir
yang menumpukan pembicaraan kepada persoalan yang berkaitan
dengan metafizik iaitu tentang Allah, kerasulan dan jiwa

HASIL KARYA BELIAU

Beliau menulis banyak buku, di antaranya Tajarib al-Umam ( Pengalaman bangsa-bangsa ) yaitu sebuah karya monumental yang memuat tentang sejarah, Uns al-Farid ( Kesenangan tiada tara ) sebuah koleksi anekdot yang ditulis dengan gaya bahasa yang tinggi dan penuh dengan sentuhan moral, dalam bidang kedokteran beliau menulis buku al-Syaribah ( Minuman ), al-Fauz Akbar, al-Fauz Asygar serta karya-karya lainnya.

PANDANGAN MISKAWIH TERHADAP MANUSIA YANG BBRKAITAN DENGAN JIWA, AKAL, ROH, DAN NAFSU.

Ibn Miskawayh adalah seorang falsafah muslim yang telah mengabdikan seluruh perhatian dan tenaganya lebih fokus kepada pemikiran Islam dan juga dalam bidang etika. Selain itu beliau banyak merujuk sumber-sumber asing, seperti Aristoteles, Plato dan Galen dan beliau membandingkannya dengan ajaran-ajaran Islam. Beliau berusaha menggabungkan doktrin Islam dengan pendapat falsafah Yunani, sehingga falsafah beliau termasuk falsafah eklektik.

Menurut Ibn Miskawayh, moral atau akhlak adalah suatu sikap mental (halun li al-nafs) yang mengandung daya dorong untuk berbuat tanpa berfikir dan pertimbangan. Sikap mental ini terbagi dua ada yang berasal dari watak dan ada pula yang berasal dari kebiasaan dan latihan. Dengan demikian, sangat penting menegakkan akhlak yang benar, sebab dengan landasan yang begitu akan melahirkan perbuatan-perbuatan baik tanpa kesulitan.


Akhlak terpuji sebagai manifestasi dari watak tidak banyak dijumpai. Yang banyak dijumpai di kalangan manusia adalah mereka yang memiliki sifat-sifat kurang terpuji (asyrar) karena watak. Karena itu kebiasaan atau latihan-latihan dan pendidikan dapat membantu seseorang untuk memiliki sifat-sifat terpuji tersebut, sebaliknya juga akan membawa orang kepada sifat-sifat tercela.
Menurut Ibni Miskawayh, akhlak ialah peraturan-peraturan yang sesuai dengan masyarakat hidup seseorang manusia. Dan seseorang manusia tidak mampu mengetahui seluruh akhlak yang baik jika dia dibiarkan sendirian saja. Tabiat manusia cenderung kepada kehidupan social, sedangkan kehidupan sosial pula memerlukan ramah-tamah dan kasih mesra, dan kerana inilah dia dinamakan manusia. Dia merasa senang dan mesra dengan kehidupan sosial ini dan merasa kesepian apabila tinggal sendirian.
Kehidupan social juga memerlukan kerjasama dan tolong-menolong di antara warga masyarakat, memerlukan saling simpati dan saling mesra. Berdasarkan hakikat ini budi perti luhur yang harus didokong oleh setiap orang ialah cintakan sesama manusia.
Ibni Miskawayh tidak sependapat dengan Aristotle dalam menentukan tujuan persahabatan. Aristotle berpendapat bahawa persahabatan itu adalah lanjutan dari kasih seseorang terhadap dirinya, sedangkan Ibni Miskawayh pula berpendapat bahawa persahabatan itu adalah penyempitan daerah kasih kepada diri sendiri.


Aristotle memandang persahabatan itu sebagai sikap pementingan diri, kerana seseorang itu sedar bahawa kebahagian hidupnya bergantung kepada orang lain dan kerana sahabat-sahabat itu kasihkan satu sama lain. Jadi persahabatn itu boleh membuat seorang itu dilingkungi oleh orang-orang yang kasihkannya dan orang-orang yang berusaha untuk membahagiakannya, sedangkan Ibni Miskawayh memandang persahabatan itu sebagai perngorbanan untuk kepentingan orang lain kerana persahabatan menyalurkan naluri kasih terhadap orang lain, bukan hanya menumpukan kasih kepada diri sendiri saja.
Jelasnya bahawa persahabatan yang difahamkan oleh Aristotle adalah suatu langkah mencari keuntungan diri sendiri atau pragmatis sedangkan persahabatan yang difaham oleh Ibni Miskawayh ialah suatu kelazatan sejati.
Menurut Ibni Miskawayh, tujuan pokok agama-agama ialah membangkitkan akhlak-akhlak yang baik. Dan tujuan ini tidak terlaksana melainkan dengan mewujudkan kepercayaan bahawa tujuan dari syi’ar-syiar agama seperti sembahyang Jumaat, sembahyang berjemaah, puasa dan ibadat haji semuanya dituju untuk menanamkan akhlak-akhlak social terutama kasih mesra di dalam hati manusia

Selain itu, beliau juga menolak pendapat sebagian pemikir Yunani yang mengatakan akhlak yang berasal dari watak tidak mungkin berubah. Oleh Ibn Miskawayh ditegaskan kemungkinan perubahan akhlak itu terutama melalui pendidikan. Dengan demikian, dijumpai di dalam masyarakat terdapat golongan yang memiliki akhlak yang dekat kepada malaikat dan ada pula yang lebih dekat kepada haiwan.


Ibnu Miskawayh memulakan pembahasan etikanya dengan menganalisa kebahagiaan dan mendefinisikan kebaikan tertinggi menggunakan penuimpulan kebahagiaan manusia selaku manusia. Kebahagian dimaksudkan ialah menjadi tujuan tertinggi dengan sendirinya, karana berhubungan dengan akal, suatu hal yang paling mulia pada manusia.Masalah pokok yang dibicarakan dalam kajian tentang akhlak adalah kebaikan (al-Khair), kebahagiaan (al-Sa‘adah), dan keutamaan (al-Fadhilah).

Menurut Ibn Miskawayh, kebaikan adalah suatu keadaan di mana kita sampai kepada batas akhir dan kesempurnaan wujud. Kebaikan adakalanya umum, dan adakalanya khusus. Di atas semua kebaikan itu terdapat kebaikan mutlak yang wujud dengan tinggi.

Semua bentuk kebaikan secara bersama-sama berusaha mencapai kebaikan mutlak tersebut. Kebaikan Umum tadi adalah kebaikan bagi seluruh manusia dalam kedudukannya sebagai manusia. Sedangkan kebaikan khusus adalah kebaikan bagi seseorang secara pribadi. Kebaikan dalam bentuk terakhir inilah yang dinamakan kebahagiaan. Dengan demikian antara kebaikan dan kebahagiaan dapat dibezakan. Kebaikan mempunyai identiti tertentu yang umum bagi manusia, sedangkan kebahagiaan berbeza-beza bergantung pada orang-orang yang berusaha memperolehnya.


Pengertian kebahagiaan telah banyak dibicarakan oleh pemikir-pemikir Yunani yang pokoknya terdapat dua pendapat :
1 ) Pandangan pertama yang diwakili oleh Plato, mengatakan bahwa hanya jiwalah yang dapat mengalami kebahagiaan. Karena itu selama manusia masih hidup atau selama jiwa masih terkait dengan badan, maka selama itu pula tidak akan diperoleh kebahagiaan itu
2 ) Pandangan kedua yang diwakili oleh Aristoteles, mengatakan bahwa kebahagiaan itu dapat dinikmati oleh manusia di dunia, walaupun jiwanya masih terkait dengan badan. Hanya kebahagiaan itu berbeza menurut pendapat masing-masing setiap manusia. Seperti orang miskin memandang kebahagiaan itu pada kekayaan, dan orang sakit pada kesihatan.

Manakala Ibn Miskawayh tampil dengan dua pendapat yang tidak selaras secara terang-terangan. Menurutnya, kerana pada diri manusia ada dua unsur, iaitu jiwa dan badan, maka kebahagiaan meliputi keduanya. Kebahagiaan itu ada dua tingkat :

1 ) Pertama, ada manusia yang terikat dengan hal-hal yang bersifat benda dan mendapat kebahagiaannya dengannya, namun ia tetap rindu dengan kebahagiaan jiwa, lalu berusaha memperolehnya.
2 ) Kedua, manusia yang melepaskan diri dari keterikatannya kepada benda dan memperoleh kebahagiaan lewat jiwa. Kebahagiaan yang bersifat benda tidak diingkarinya, tetapi dipandangnya sebagai tanda-tanda kekuasaan Allah.

Kebahagiaan yang dimaksudkan menurut Ibn Miskawaih, mengandungi kepedihan dan penyesalan, serta menghambat perkembangan jiwanya menuju kepada Allah. Kebahagiaan jiwalah yang merupakan kebahagiaan yang paling sempurna dan mampu mengantar manusia yang memilikinya darjat malaikat.
Dalam pandangan Ibn Miskawayh manusia terdiri dari tiga jenis pangkat jiwa, yaitu :
1 ) jiwa bernafsu (an-nafs al-bahimiyyat) sebagai jiwa terendah,
2) jiwa berani (an-nafs al-ghadhabiyyat) sebagai jiwa pertengahan
3 ) jiwa berfikir (an-nafs an-natiqat) sebagai jiwa tertinggi.

Ketiga jiwa ini merupakan unsur rohani manusia yang asal kejadiannya berbeza.
Sesuai dengan pemahaman tersebut di atas, unsur rohani berupa an-nafs al-bahimiyyat dan an-nafs al-ghadhabiyyat berasal dari unsur materi, sedangkan an-nafs an-nathiqat berasal dari roh Tuhan.

Oleh kerana itu Ibn Miskawayh berpendapat bahwa kedua an-nafs yang berasal dari materi akan hancur bersama hancurnya badan dan an-nafs an-natiqat tidak akan mengalami kehancuran.

Falsafah etika yang dipopularkan oleh Ibn Miskawayh adalah falsafah etika yang berdasarkan pada doktrin jalan tengah. Doktrin jalan tengah (al-wasath) yang dalam Bahasa Inggris dikenal dengan istilah The Doctrin of The Mean atau The Golden. Ibn Misykawaih secara umum memberi pengertian pertengahan ( jalan tengah) tersebut antara lain dengan keseimbangan, moderat, harmoni, utama, mulia, atau posisi tengah antara ekstrem kelebihan dan ekstrem kekurangan masing-masing jiwa manusia. Dari sini terlihat bahwa Ibn Miskawayh memberi tekanan yang lebih untuk pertama kali buat pribadi.

Ibn Miskawayh menegaskan bahwa setiap keutamaan akhlak memiliki dua sisi yang ekstrem.
1 ) Yang tengah bersifat terpuji
2 ) yang ekstrem bersifat tercela
Dalam menghuraikan sikap tengah dalam bentuk akhlak tersebut, Ibn Miskawayh tidak membawa satu ayat pun dari al-Qur‘ân dan tidak pula membawa satu dalil dari hadis. Namun demikian menurut penilaian al-Ghazâlî, bahawa semangat doktrin jalan tengah ini selaras dengan ajaran Islam. Hal demikian dapat difahami, kerana terdapat ayat-ayat al-Qur‘ân yang memberi isyarat untuk itu, seperti tidak boleh tidak boleh bersikap boros dalam berbelanja. Hal ini selaras dengan ayat al-Qur‘ân surat al-Isra : 29

        •    • 

Maksudnya : Dan berikanlah haknya kepada kerabat yang dekat, juga kepada orang miskin dan orang yang di dalam perjalanan dan kamu jangnlah menghamburkan harta kamu secara boros.

Firman Allah dalam al-Furqan : 67

           

Maksudnya : Dan termasuk hamba-hamsa tuhan yang maha pengasih, orang-orang yang apabila menginfakan harta mereka tidak berlebihan dan tidak pula kikir, diantara keduanya dalah wajar.

Ayat-ayat tersebut memperlihatkan bahwa sikap pertengahan merupakan sikap yang selaras dengan ajaran Islam.
Doktrin jalan tengah ini juga dapat dipahami sebagai doktrin yang mengandungan erti yang dinamika. Dinamikanya ialah tidak pada tarik-menarik antara keperluan, peluang, kemampuan dan aktivitas. Sebagai makhluk sosial, selalu berada dalam gerak (dinamis), mengikuti perkembangan zaman. Perkembangan ilmu pengetahuan, teknologi, pendidikan, ekonomi dan lainnya merupakan pemacu kepada peredaran zaman. Ukuran akhlak tengah selalu mengalami perubahan menurut perubahan ekstrim kekurangan mahupun kelebihannya.

Ukuran tingkat kesederhanaan di bidang materi untuk masyarakat kalangan mahasiswa misalnya tidak dapat disamakan dengan ukuran kesederhanaan pada masyarakat dosen. Demikian pula ukuran tingkat kesederhanaan pada masyarakat negara maju akan berbeda dengan tingkat kesederhanaan pada masyarakat negara berkembang. Dari huraian tersebut dapat disimpulkan bahwa doktrin jalan tengah ternyata tidak hanya memiliki dinamis tetapi juga fleksibel. Oleh kerana itu, doktrin tersebut dapat terus-menerus berlaku sesuai dengan perbezaan zamannya tanpa menghilangkan nilai-nilai esensial dari pokok keutamaan akhlak. Jadi dengan doktrin jalan tengah manusia tidak akan kehilangan arah dalam kondisi apapun.

Akhirnya, mengingat pentingnya pembinaan akhlak, Ibn Miskawayh memberikan perhatian yang cukup besar terhadap pendidikan anak-anak. Ia menyebutkan bahwa masa kanak-kanak mata rantai jiwa hewan dengan jiwa manusia berakal. Pada jiwa anak berakhirlah ufuk haiwan dan dimulailah ufuk manusiawi. Kerana itu anak-anak harus dididik dengan akhlak yang mulia. Anak-anak harus mendapat pendidikan akhlak mulia, sebab “kesan” pada pendidikan dini inilah yang akan berakar kuat dalam kehidupan mereka di masa yang akan datang.

No comments:

Post a Comment

:: Panduan Hidupku ::