"Seorang Muslim itu tiada istilah menganggur dalam hidupnya kerana masa yang ada disibukkan dengan kerja dakwah dan kerja-kerja Islam" ~Tn guru Nik Abdul Aziz~
pRoUd To Be A mUSliM
" PeRjuaNgAn "
Berjuang menempah susah Menanggung derita menongkah fitnah Itulah gelombang hidup samudera duka Seorang mujahid memburu syahid Dipisah dia berkelana Dipenjara dia uzlah menagih mehnah Namun jiwanya tetap mara memburu cinta Membara demi Allah dan rasulNya Berjuang tak pernah senang Ombak derita tiada henti Tenang resah silih berganti Inilah sunnah orang berjuang Malamnya bagai rahib merintih sayu Dihiris dosa air mata Siangnya bagaikan singa dirimba Memerah keringat mencurah tenaga Berjuang memang pahit Kerana syurga itu manis Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar Bukan sedikit pedih yang ditagih Berjuang ertinya terkorban Rela terhina kerna kebenaran Antara dua jadi pilihan Dunia yang fana atau syurga..
Perbedaan Asuransi Mobil TLO dan All Risk
-
Perbedaan Asuransi Mobil TLO dan All Risk
Dari penjelasan di atas, bisa disimpulkan bahwa beda asuransi TLO dan
kombinasi atau comprehensive (all risk) ter...
Tips Kecantikan Wajah Secara Tradisional dan Alami
-
Setiap wanita pastinya menginginkan wajah cantik yang alami. Namun
belakangan ini banyak produk kecantikan yang menawaarkan cantik secara
instan. Beberapa ...
Apa Pun Tak Tulis
-
1. Sunyi betul blog nie.. dah lama x tulis *Something* kat sini..
2. Sejak terlibat dengan penulisan Thesis nie..malas rasanya nk menulis kat
blog nie..leb...
Complain less...
-
From, fahza's blog.if you think you salary is low, how about her? if you
think you don't have many friend, how about him?if you feel like giving up,
think ...
Ukhuwah adalah satu nikmat yang sangat besar yang dikurniakan oleh Allah kepada hamba-hambanya yang beriman kerana ia adalah satu hubungan yang mana tidak ada hubungan yang lebih kukuh daripadanya.
Sesungguhnya aqidah ini sangat ajaib. Apabila hati-hati pemiliknya bertemu, maka akan menjadi lembutlah hati yang keras, akan suburlah hati yang gersang, akan terikatlah hati-hati tersebut dengan ikatan yang sangat kuat dan mendalam. Justeru, pandangan mata, pergerakan anggota dan degupan jantung menjadi titik-titik perkenalan, kasih sayang, kesetiaan, kerjasama dan tolak ansur yang tidak mampu mengetahui rahsianya selain tuhan yang menyatukan hati-hati tersebut, dan tidak akan merasai kemanisannya melainkan hati-hati itu sendiri.
Allah mengingatkan hamba-hambanya tentang nikmatnya yang besar ini serta mengajak mereka kepada perpaduan serta menjauhi perpecahan dengan
firmannya yang bermaksud: “Dan berpegang teguhlah kamu semua dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah belah. Dan ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika mana kamu semua bermusuhan lalu Allah menyatukan di antara hati-hatimu maka kamu menjadi bersaudara dengan nikmatnya. (Ali Imran: 103)
Mempersaudarakan di antara Muhajirin dan Ansar pada permulaan gerak kerja Nabi SAW di Madinah merupakan suatu yang amat penting di dalam menyediakan satu generasi yang hebat, dan di dalam membentuk negara Islam yang pertama. Baginda SAW mampu menyatukan sof mereka di atas satu tujuan yang lebih tinggi daripada segala tujuan dan kepentingan-kepentingan peribadi yang sangat mudah hilang ketika menghadapi mana-mana serangan. Baginda SAW mengikat mereka dengan hubungan aqidah serta menekankan tentang peri pentingnya hubungan yang tejalin di atas aqidah tersebut. Justeru, hubungan Ukhuwah ini mampu memelihara keamanan dalaman bagi negara baru tersebut dan menjadikannya mampu berdepan dengan pelbagai jenis cabaran.
Berkata seorang ‘alim: Apa yang dimaksudkan dengan Ukhuwah itu ialah terikatnya hati-hati dan jiwa-jiwa dengan ikatan aqidah, dan aqidah itu adalah ikatan yang paling kuat dan mahal. Ukhuwah itu adalah saudara iman dan perpecahan adalah saudara kekufuran. Kekuatan yang pertama adalah kekuatan perpaduan namun tidak akan tercapainya perpaduan tanpa kasih sayang dan tahap kasih sayang yang paling rendah ialah dengan berlapang dada dan tahap yang paling tinggi ialah dengan mengutamakan orang lain ke atas dirinya sendiri.
Allah berfirman yang bermaksud, “Dan barangsiapa yang dipelihara kebakhilan dirinya maka merekalah orang-orang yang beruntung.” (Al-Hasyr: 9)
Seorang yang benar akan melihat sahabat-sahabatnya lebih utama dari dirinya kerana jika dia tidak bersama mereka maka dia akan bersama orang lain dan jika mereka tidak bersamanya maka mereka akan bersama selainnya, dan serigala hanya akan memakan kambing yang bersendiri. Nabi SAW bersabda yang bermaksud, “Orang mukmin terhadap orang mukmin umpama satu bangunan yang saling mengukuhkan antara satu sama lain.” Allah berfirman yang bermaksud, “Dan orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan sebahagian mereka adalah penolong sebahagian yang lain.” (At-Taubah: 71)
Ya Allah jadikan kami orang2 yang BERTAQWA dan DITUNJUKAN JALAN YANG LURUS seperti firmanMU dalam Surah Al Fatihah ayat 6-7. Ya Allah BIMBINGILAH kami supaya sentiasa BERIMAN dengan Engkau sehingga akhir hayat kami. Amin.
“Tunjukilah kami jalan yang lurus Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.”
Umumnya ia bermaksud penerimaan menyeluruh tentang diri sama ada secara positif atau negative iaitu ia menunjukkan setakat mana seseorang itu percaya bahawa dia layak atau tidak untuk hidup.
Kompenan Harga kendiri
1) NILAI DIRI –Perasaan hormat dan layak untuk hidup
2) KETERAMPILAN DIRI-Keyakinan dari dan kepercayaan bahawa dirinya berupaya menghadapi cabaran-cabaran.
SIFAT-SIFAT HARGA KENDIRI
1.Harga kendiri fizikal (rupa fizikal dan keupayaan fizikal)
2.Harga kendiri prestasi ( prestasi kerja)
3.Harga kendiri social ( Hubungan social)
Ciri-ciri harga kendiri Tinggi
1.Rasa layak untuk hidup
2.Yakin diri
3.Hormat diri
4.Sentiasa berusaha memajukan diri
5.Sanggup mengambil risiko
Ciri-ciri Harga Kendiri Rendah
1.Takut akan persaingan dan cabaran
2.Tidak tegas
3.Pemalu
4.Kurang inisiatif
5.Ragu-ragu dalam membuat keputusan
KEPENTINGAN HARGA KENDIRI
1.MENGOPTIMUMKAN PERSONALITI DAN KEUPAYAAN DIRI SESEORANG.
Paras harga kendiri mencorakkan tindakbalas kepada peristiwa yang berlaku setiap hari. Ia juga mencetuskan kegairahan untuk hidup dan kretiviti. Harga kendiri yang tinggi dapat mencetuskan kuasa dalaman bagi individu untuk mencapai matlamat hidup dan bergertak balas secara positif
2.BERKAIT DENGAN FUNGSI SESEORANG YANG BERKESAN
Harga kendiri yang rendah sering berkait dengan tingkahlaku binasa diri seperti penyalahgunaan dadah dan alcohol,gangguan makanan dan bunuh diri. Contohnya,seorang remaja yang merasakan dirinya gemuk akan meempunyai harga kendiri yang rendah. Dia akan menyekat makan secara keterlaluan dan mengalami gangguan pemakanana atau lebih dikenali sebagai aneroksia nervosa.
3.MEMEUDAHKAN HUBUNGAN INTERPERSONAL YANG BAIK
Untuk membentuk hubungan yang baik dengan orang lain, mestilah benar-benar menghargai dan mengasihi diri sendiri dahulu. Hormat kendiri merupakan asas perasaan menghormati orang lain. Remaja yang biasanya berupaya memebentuk hubungan interpersonal yang baik adalah remaja yang telah memperolehi harga kendiri yang tinggi. Sebaliknya remaja yang mempunyai harga kendiri yang rendah akan sentiasa merasakan bahawa dirinya tidak mampu untuk bergaul dengan orang lain yang lebih baik.
4.MEMPERTNGKATKAN TINGKAHLAKU PRESTASI AKADEMIK DAN MEMPERBAIKI TINGKAHLAKU
Harga kendiri merupakan peramal kepada kejayaan akademik yang lebih baik dari paras kecerdasan.Pelajar yang memepunyai paras kendiri yang tinggi lebih Berjaya dan aktif dari segi akademik dan social berbanding pelajar yang memepunyai harga kendiri yang rendah.
"Ya Allah..Hidupkanlah aKu SElaGI maNa KehIduPaN ItU mENDaTnGKAN kEbAIkAIAN kEpadaKu dAn mAtiKaNLaH Aku JIkA kEMAtIAN itu yAng lebih BaIKBaGIKU Dan JaDIKANKanlah KeHIdUPaN iTU pENAMbAh kepADA pAHALAkU dAN Kematian itu KereHaTanku DaRI seGaLA kEJAhatAN".