Template by:
Free Blog Templates

Photobucket

Friday, November 13, 2009

FIqH auLaWiyat Dalm Gerakan Dakwah..


Prof. Al Syeikh Yusuf Al Qardhawi seorang tokoh ilmuan dan daie yang ternama pada abad ini telah mengemukakan pandangan secara terbuka bahawa Gerakan Dakwah Islam pada masa ini dan masa akan datang hendaklah memahami serta melakukan implikasi 'fiqh Al-Aulawiyat' dalam Gerakan Dakwah, menurut Al Syeikh Yusuf Al Qardhawi hilangnya dimensi fiqh Al Aulawiyat di kalangan para daie telah mengakibatkan pelbagai kesilapan dan kekeliruan berlaku. Justeru itu, beliau telah mengetengahkan orientasi bahawa dalam fiqh semasa dua buah buku beliau yang terpenting dalam menganalisiskan konsep tersebut iaitu Al-Aulawiyat Al-Harakat Al-Islamiyah Fi Al-Marhalati Al-Qadimah (Keutamaan dalam Gerakan Islam Pada Tahun Mendatang) dan Fiqh Al-Aulawiyat Dirasatun Fi Dhaui Al-Quran Wa Assunnah An Nabawiyyah (Fiqh Al-Aulawiyat - satu kajian dari perspektif Islam Quran dan Sunnah).

Menurut Al Syeikh Yusuf Al Qardhawi fiqh Al Aulawiyat itu bererti meletakkan suatu pertempatan dengan adil. Segala jenis hukum hakam, amal dan nilai-nilai dalam Islam oleh terikat dengan fiqh Al Aulawiyat ia harus didasarkan kepada prinsip mengutamakan suatu perkara ke atas suatu perkara yang lain. Justeru itu, suatu yang kurang penting tidak wajib dipentingkan. Apa yang wajar didahulukan hendaklah diketengahkan suatu yang wajar dikemudiankan hendaklah dikemudiankan, perkara yang kecil tidak wajar dibesar-besarkan, sementara perkara yang penting tidak wajar dipermudah-mudahkan. Denga lain perkataan tiap-tiap suatu hendaklah diletakkan pada tempatnya secara berimbangan. Allah S.W.T berfirman : 'Dan Allah telah meninggikan langit dan meletakkan neraca keadilan, supaya kamu jangan melampaui batas tentang neraca itu, dan tegakkanlah timbangan itu dengan adil dan janganlah kamu mengurangi neraca itu. (Surah Ar Rahman, Ayat 7-9)

Dalam syariah Islamiah, ulama menetapkan lima perkara yg perlu dijaga yg dikenali sebgai al-kuliyat al-khmsah iaitu agama,jiwa,keturunan,akal dan harta benda. Maslahah ini pula terbahagi kepada 3 kategori iaitu, dharuriyat, hajiyat dan tahsinat.
  • Al-Dharuriyat ialah sesuatu yg kita tidak berupaya hidup melainkan kewujudannya.
  • Al-Hajiyat ialah kehidupan yang dapat berlaku tanpa perkara itu.
  • Al-Tahsinat ialah sesuatu yang dipergunakan bagi menghias dan mempercantikkan

Apabila bertembung dua maslahah dalam satu kategori ini hendaklah diutamakan agama daripada jiwa,jiwa daripada keturunan,keturunan daripada akal,akal daripada harta.Islam mengharusakan membuka aurat ketika hendak berubat,kerana membuka aurat adalah perkara tahsini manakala mengubati penyakit dalah dharuri.Islam mengharuskan minum arak apabila dipaksa atau dalam darurat kerana menjaga diri dan jiwa lebih utama daripada menjaga akal.Izzuddin bin Abdul Salam dalam bukunya Qawaid al-Ahkam mengatakan,''harus berubat dengan najis apabila tiada ubat yang bersih ketika darurat kerana membiarkan tanpa berubat lebih besar akibatnya.

Dalam perlantikan ketua negara ia mestilah mencapai tahap mujtahid tetapi apabila tiada orang yang mencapai tahap itu maka dapat dilantik orang yang bertaqlid kerana jikalau membiarkan pemerintah tanpa ketua boleh menyebabkan kepincangan serta kerosakan yang lebih besar dalam negara. Contohnya,para sahabat berhimpun di bani Saqifah bagi melantik ketua negara bagi menggantikan Rasulullah SAW lebih utama daripada memakamkan Rasulullah keran membiarkan kaum muslimin ketika itu tanpa ketua akan mengakibatkan fitnah. Jelas,sahabat mengikut urutan keutamaan dengan memilih ketua negara selepas itu barulah memaqamkan Rasulullah.

Sembahyang tarawikh pada bulan Ramadahan lebih afdal daripada sembahyang sunat-sunat lain kerana sembahyang Tarawikh hanya khusus untuk bulan Ramadahan sahaja. Ketika umat Islam dalam keadaan tertindas,dibunuh maka jihad ketika itu lebih afdal daripada berada di masjid semata2.

Kesimpulannya, bagi menentukan amalan yang paling baik adalah mengikut masa,tempat dan keadaan.Abdul Karim Zaydan menjelaskan dalam bukunya Usul Dakwah:Kaedah bagi menentukan amalan soleh ialah yang afdal ialah amalan yang dituntut oleh syarak pada waktu dan mas yang tepat. Solat fardu ketika masuk waktunya lebih afdal daripada solat sunat.Begitu juga puasa di bulan Ramadhan lebih afdal daripada ibadat lain.

oleh: Mohd Rumaizuddin Ghazali


Thursday, November 12, 2009

AyAh..MiNtAK Rm10....


Amin terjaga daripada tidurnya apabila menyedari tombol pintu rumah diputar. Jelas kelihatan wajah ayahnya yang lesu dan letih kerana bekerja seharian. Sudah hampir 3 jam dia terlena di atas sofa ruang tamu kerana menunggu kepulangan insan yang amat dirinduinya itu. Setelah meletakkan kasut di dalam rak, Encik Rashid menyedari dirinya diperhatikan. Dia agak terkejut kerana mendapati Amin masih belum tidur. Dia menghampiri tubuh kecil anaknya yang baru berusia 7 tahun itu dan melabuhkan punggungnya di sebelah Amin sambil mengusap lembut rambut anaknya.

“Kenapa anak ayah tak tidur lagi ni? Esokkan nak sekolah.”

Pertanyaan Encik Rashid memecah kesunyian malam itu. Amin menatap wajah ayahnya. Raut sayu wajahnya sedikit menyentuh hati si ayah.

“Kenapa anak ayah ni? Ada masalah ke?”

Amin hanya diam membatu dan hanya mencebik.

“Dah la. Pergi masuk tidur. Esok nak bangun awal.”

Amin bangun dan berjalan perlahan menuju ke arah biliknya. Walaupun Encik Rashid menyedari anaknya seperti mempunyai masalah, dia tidak terus bertanya kerana dia sendiri pun letih. Langkah Amin terhenti tiba-tiba dan dia terus menoleh ke arah ayahnya.

“Ayah,Amin tanya sikit boleh?”

Encik Rashid tersenyum dengan tingkah anaknya.

“Ada apa sayang ayah?” tanya Encik Rashid dengan lembut.

duit



“Berapa pendapatan ayah sejam?”



Tiba-tiba dahi Encik Rashid berkerut. Dia agak terkejut dengan pertanyaan anaknya itu.

“Kenapa nak tahu? Dah, pergi masuk tidur.”

Suara si ayah sedikit menengking.

“Ala ayah, bagitahu la Amin berapa gaji ayah sejam bekerja di pejabat.”

Amin masih merayu ingin mendapatkan jawapan.

“RM 20 sejam, kenapa nak tahu?”

Amin hanya terdiam memandang lantai. Dia kembali menatap wajah ayahnya dan bertanya.

“Ayah, boleh Amin pinjam RM 10?”

Pertanyaan Amin membuatkan Encik Rashid mengeluh.

“Oh, itu yang sebenarnya nak dari ayah. Nak buat apa dengan RM 10? Nak beli barang mainan lagi? Jangan membazir. Ayah cari duit penat-penat. Bukan nak membazir sebarangan. Dah, sekarang pergi tidur.“

Kanak-kanak berusia 7 tahun itu terdiam dan perlahan melangkah menuju ke bilik tidurnya semula. Si ayah pula memikirkan mengapa si anak sekecil itu meminta wang sebanyak itu daripadanya. Dengan perasaan serba salah, Encik Rashid melangkah menuju ke bilik anaknya. Pintu bilik dibuka dan dia mendapati yang anaknya masih belum tidur. Dia menghampiri anaknya yang sedang menarik selimut menutup badan.

“Kalau kamu betul-betul memerlukan wang, nah ambil ni!”

Encik Rashid menyerahkan wang RM 10 kepada Amin. Amin tersenyum dan mengucapkan terima kasih. Sebelum sempat Encik Rashid melangkah keluar, Amin memanggilnya kembali. Dia menoleh dan memandang wajah anaknya dengan perasaan sedikit geram.

“Nak apa lagi?” tengking Encik Rashid.

Amin terkejut dengan suara ayahnya. Kemudian si anak tercari-cari sesuatu di bawah bantalnya dan mengeluarkan sekeping not RM 10 yang sudah renyuk. Si ayah kembali berang dengan sikap anaknya.

“Dah ada kenapa minta lagi? Dan dari mana kamu dapat duit tu?”

lenting Encik Amir kepada anaknya yang sedang menuju ke arahnya.



Amir memandang ayahnya.

“Duit ni Amir kumpul dari belanja sekolah yang ayah bagi setiap hari. Amir minta lagi sebab duit ni masih tak cukup.”

Si anak menerangkan kepada ayahnya. Encik Rashid masih tidak berpuas hati.

“Tak cukup nak beli apa? Amir jangan beli benda yang bukan-bukan.”

Suara Encik Rashid lebih tinggi kali ini. Amir hanya tunduk kerana tidak berani memandang wajah ayahnya.

“Sekarang Amir ada RM 20. Ayah ambillah duit ni. Amir nak beli sejam daripada masa ayah. Amir nak ayah balik awal esok. Amir rindu nak makan malam dengan ayah.”

Amin terjaga daripada tidurnya apabila menyedari tombol pintu rumah diputar. Jelas kelihatan wajah ayahnya yang lesu dan letih kerana bekerja seharian. Sudah hampir 3 jam dia terlena di atas sofa ruang tamu kerana menunggu kepulangan insan yang amat dirinduinya itu. Setelah meletakkan kasut di dalam rak, Encik Rashid menyedari dirinya diperhatikan. Dia agak terkejut kerana mendapati Amin masih belum tidur. Dia menghampiri tubuh kecil anaknya yang baru berusia 7 tahun itu dan melabuhkan punggungnya di sebelah Amin sambil mengusap lembut rambut anaknya.

“Kenapa anak ayah tak tidur lagi ni? Esokkan nak sekolah.”

Pertanyaan Encik Rashid memecah kesunyian malam itu. Amin menatap wajah ayahnya. Raut sayu wajahnya sedikit menyentuh hati si ayah.

“Kenapa anak ayah ni? Ada masalah ke?”

Amin hanya diam membatu dan hanya mencebik.

“Dah la. Pergi masuk tidur. Esok nak bangun awal.”

Amin bangun dan berjalan perlahan menuju ke arah biliknya. Walaupun Encik Rashid menyedari anaknya seperti mempunyai masalah, dia tidak terus bertanya kerana dia sendiri pun letih. Langkah Amin terhenti tiba-tiba dan dia terus menoleh ke arah ayahnya.

“Ayah,Amin tanya sikit boleh?”

Encik Rashid tersenyum dengan tingkah anaknya.

“Ada apa sayang ayah?” tanya Encik Rashid dengan lembut.

duit



“Berapa pendapatan ayah sejam?”



Tiba-tiba dahi Encik Rashid berkerut. Dia agak terkejut dengan pertanyaan anaknya itu.

“Kenapa nak tahu? Dah, pergi masuk tidur.”

Suara si ayah sedikit menengking.

“Ala ayah, bagitahu la Amin berapa gaji ayah sejam bekerja di pejabat.”

Amin masih merayu ingin mendapatkan jawapan.

“RM 20 sejam, kenapa nak tahu?”

Amin hanya terdiam memandang lantai. Dia kembali menatap wajah ayahnya dan bertanya.

“Ayah, boleh Amin pinjam RM 10?”

Pertanyaan Amin membuatkan Encik Rashid mengeluh.

“Oh, itu yang sebenarnya nak dari ayah. Nak buat apa dengan RM 10? Nak beli barang mainan lagi? Jangan membazir. Ayah cari duit penat-penat. Bukan nak membazir sebarangan. Dah, sekarang pergi tidur.“

Kanak-kanak berusia 7 tahun itu terdiam dan perlahan melangkah menuju ke bilik tidurnya semula. Si ayah pula memikirkan mengapa si anak sekecil itu meminta wang sebanyak itu daripadanya. Dengan perasaan serba salah, Encik Rashid melangkah menuju ke bilik anaknya. Pintu bilik dibuka dan dia mendapati yang anaknya masih belum tidur. Dia menghampiri anaknya yang sedang menarik selimut menutup badan.

“Kalau kamu betul-betul memerlukan wang, nah ambil ni!”

Encik Rashid menyerahkan wang RM 10 kepada Amin. Amin tersenyum dan mengucapkan terima kasih. Sebelum sempat Encik Rashid melangkah keluar, Amin memanggilnya kembali. Dia menoleh dan memandang wajah anaknya dengan perasaan sedikit geram.

“Nak apa lagi?” tengking Encik Rashid.

Amin terkejut dengan suara ayahnya. Kemudian si anak tercari-cari sesuatu di bawah bantalnya dan mengeluarkan sekeping not RM 10 yang sudah renyuk. Si ayah kembali berang dengan sikap anaknya.

“Dah ada kenapa minta lagi? Dan dari mana kamu dapat duit tu?”

lenting Encik Amir kepada anaknya yang sedang menuju ke arahnya.



Amir memandang ayahnya.

“Duit ni Amir kumpul dari belanja sekolah yang ayah bagi setiap hari. Amir minta lagi sebab duit ni masih tak cukup.”

Si anak menerangkan kepada ayahnya. Encik Rashid masih tidak berpuas hati.

“Tak cukup nak beli apa? Amir jangan beli benda yang bukan-bukan.”

Suara Encik Rashid lebih tinggi kali ini. Amir hanya tunduk kerana tidak berani memandang wajah ayahnya.

“Sekarang Amir ada RM 20. Ayah ambillah duit ni. Amir nak beli sejam daripada masa ayah. Amir nak ayah balik awal esok. Amir rindu nak makan malam dengan ayah.”

Tuesday, August 4, 2009

Panduan Imam Al- Ghazali




1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak,
anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita,
kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa
daripada kita.

2. Apabila bertemu dengan orang tua,
anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia
sudah lama beribadat.

3. Jika berjumpa dengan orang alim,
anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak
ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui.

4. Apabila melihat orang jahil,
anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana
mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita
membuat dosa dalam keadaan mengetahui...

5. Jika melihat orang jahat,
jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu
hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas
kesalahannya.

6. Apabila bertemu dengan orang kafir,
katakan didalam hati bahawa mungkin pada suatu hari
nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah dan akan
memeluk Islam, maka segala dosa mereka akan diampuni
oleh Allah.

SubahanALLAH."

USLUB AL DAKWAH




Dakwah merupakan satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh setiap anggota masyarakat Islam. Tanpa usaha dakwah masyarakat akan menjadi pincang kerana perkara kebajikan tidak akan berlansng dan kemungkaran akan berleluasa. Namun, persoalan yang timbul ialah; apakah pendekatan yang perlu digunakan dalam melakukan dakwah. Kertas kerja ini menyorot dua pendekatan yang boleh digunakan iaitu dakwah dengan lidah dan dakwah dengan qudwah

Dakwah bermaksud menyeru dan memanggil. Dakwah yang dimaksudkan di sini ialah seruan kepada manusia untuk menerima Islam dan seruan untuk melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran
Dalilnya ialah firman Allah:
ولتكن منكم أمة يدعون إلى الخير ويأمرون بالمعروف وينهون عن المنكر وأولئك هم المفلحون

Maksudnya:Hendaklah ada di kalangan kamu satu golongan yang menyeru ke arah kebaikan (Islam), menyuruh melakukan kebajikan dan mencegah melakukan kemungkaran. Justeru, hakikat dakwah sebenarnya ialah amar makruf, nahi munkar.
Pendekatan Dakwah Dengan Lidah
Al-Quran menjelaskan, pendekatan dakwah yang perlu dilakukan ialah dengan hikmah dan nasihat yang baik. Allah berfirman:
ادعوا إلى سبيل ربك بالحكمة والموعظة الحسنة وجادلهم بالتي هي أحسن
Maksudnya:Berdakwahlah kamu ke arah jalan Tuhanmu dengan Hikmah dan nasihat yang baik dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik. Hikmah mempunyai dua maksud iaitu
kebijaksanaa dalam meletakkan sesuatu pada tempatnya dan juga bermaksud sunnah Nabi saw. Nasihat yang baik pula adalah dengan menggunakan lidah. Bergitu juga berbahas dan berdebat memerlukan kemahiran berbicara. Di sinilah pentingnya pendekatan dakwah menggunakan lidah.
Pendekatan Dakwah dengan Qudwah
Pendekatan yang asas dalam berdakwah ialah dengan qudwah atau tunjuk ajar. Ini kerana manusia lebih terpengaruh dengan apa yang dibuat berbanding apa yang didengar. Justeru itu, para anbiya’ yang membawa dakwah Islam ke seluruh umat ditarbiyah oleh Allah untuk menjadi manusia terbaik yang boleh diikuti oleh manusia. Pendekatan ini menuntut pendakwah menghiasi diri dengan dua perkara iaitu amal dan akhlak.

Amal Pendakwah
Amal para pendakwah perlu digilap Justeru pendakwah mesti menampilkan diri mereka sebagai
1. seorang yang mempunyai keimanan dan keyakinan yang kuat terhadap persoalan ghaib iaitu hakikat alam akhirat, syurga dan neraka dan keyakinan pada janji-janji Allah seperti janji rezki dan kemenagan Islam.
2. seorang yang prihatin dengan ibadah-ibadah khusus iaitu solat lima waktu, puasa wajib, zakat dan haji.
seorang yang prihatin dengan amalan-amalan sunat seperti solat rawatib, solat dhuha, solat malam, puasa sunat, bersedekah, membaca al-Quran dan sebagainya

Akhlak Pendakwah
Akhlak pendakwah juga perlu dibina. Justeru pendakwah perlu dilihat sebagai
1. Seorang yang amanah, merendah diri, pemalu, pemaaf dan tidak lekas marah.
2. Seorang yang menjaga lidah.
3. Seorang yang mencintai dan meyayangi orang lain
4. Seorang yang mengutamakan kepentingan orang lain dengan melibatkan diri dalam aktiviti kebajikan
Ruang Dakwah Dengan Lidah
Antara ruang-ruang dakwah dengan lidah yang boleh dimanfaatkan ialah:
1. Nasihat menerusi perbualan dan pergaulan seharian
2. Tazkirah ringkas pada waktu-waktu yang bersesuaian. Antaranya dengan membaca buku-buku nasihat agama yang sesuai pada kesempatan yang terluang seperti selepas solat waktu di surau dan masjid.
3. pertemuan dalam kumpulan kecil (usrah)
4. Ceramah, forum dan seminar di rumah, pejabat, masjid dan surau.


Dakwah Dengan Penulisan
Dakwah dengan penulisan juga adalah sebahagian dakwah yang berkesan dewasa ini. Antara ruang-ruang yang boleh dimanfaatkan ialah:
1. menulis tazkirah ringkas untuk diedarkan kepada masyarakat setempat.
2. mencetak bahan-bahan nasihat yang diperolehi menerusi sumber-sumber yang dipercayai.
3. menggunakan ruang teknologi maklumat seperti email, blog dan web.
4. menggunakan ruang penulisan dalam akhbar seperti surat pembaca dan lain-lain.

Assalamualaikum...

Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangis
• Menangis kerana terlalu sedih.
• Menangis kerana terasa hina dan lemah
• Menangis untuk mendapat belas kasihan orang
• Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis
• Menangis orang munafik - pura-pura menangis
• Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati
• Menangis kerana rasa takut
• Menangis kerana cinta
• Menangis kerana gembira
• Menangis kerana menghadapi penderitaan.


"..Dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (AnNajm : 43)

Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumber nya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti?.kalaulah air mata itu di tampung banjirlah dunia ini.

Tangis tercela atau terpuji ?? Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian. Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.

Tangisan dapat memadamkan api Neraka "Rasulullah saw bersabda : Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."

Air mata taubat Nabi Adam a.s Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih.Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, "Manis sungguh air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya. Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai Adam sesungguhnya belum saya pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!."

Air mata yang tiada di tuntut


• Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya.
• Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan
• Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan
• Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan


Dari itu.. ..??

Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt.

Serulah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.



1. To beautify your eyes,lower your gaze towards strange men,this will make your eyes pure and shiny.

2. To have an attractive lips,always remember to speak the truth.

3. As for blush and rouge,'Modesty'
(Haya') is one of the best brands and it can be found in any of the Islamic centers.

4. To remove impurities from your face and body,use a soap called '' Istighfaar ''.
InsyaAllah this soap will remove any bad deeds(ameen)

5. Now about yaor hair,if any you has a problem of split hair ends,then I suggest
'' Islamic Hijaab '' which will protect your hair from damage.

6. As for jewellery,beautify your hands with humbleness and let your hands be a power to forgive people who hurt your feelings.And the necklace should be a sign to pardon your fellow brothers an sisters.

Insya Allah,if you follow this advice given to you by the Creator you'll have a beautiful an attractive inner and outer appearance..

KOD ETIKA DALAM BERDAKWAH 001 KESABARAN 002 KEBIJAKSANAAN 003 BERAKHLAK

Menyeru manusia kepada jalan Allah s.w.t dengan menganjurkan berbuat amal soleh adalah suatu pekerjaan yang amat mulia disisi Allah. Ia adalah suatu pekerjaan yang baik dan paling suci di atas dunia ini. Pekerjaan itu memberi faedah besar bagi manusia kerana dengan iman dan amal soleh manusia dapat mencapai keselamatan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Menyeru manusia untuk beriman atau menyeru orang beriman untuk berpegang teguh dengan ajaran Islam, menghindarkan manusia daripada kesengsaraan hidup dunia dan akhirat. Kerana itulah para Nabi dan Rasul, terutamanya Nabi kita Muhammad s.a.w dan para sahabatnya mengorbankan waktu, umur, tenaga, minda dan harta mereka untuk menyeru manusia agar beriman kepada Allah.
Tatkala Rasulullah menyeru manusia beriman dengan Allah baginda menghadapi pelbagai tentangan, penghinaan, ancaman daripada masyarakat jahiliah. Mereka tergamak melemparkan najis unta ke kepala Rasulullah namun baginda tetap memelihara akhlaknya.
Dek kerana akhlak yang mulia itu, akhirnya manusia yang jahil itu lama kelamaan semakin sedar akan kejahilan dirinya dan berbondong-bondong memasuki Islam.
Sebagaimana sebuah kisah pada zaman Rasulullah yang menyeru manusia musyrik ke jalan Allah, berkat kebijaksanaan dan akhlak spoan baginda dalam berdakwah Da’tsur dan segala pasukan tenteranya telah masuk Islam.
Sebagaimana yang diketahui, dalam satu pertempuran melawan kaum musyrikin yang diketuai oleh Da’tsur dan tentera pimpinan Rasulullah. Setelah bertempur selama beberapa hari, kedua-dua pasukan sudah keletihan, kelesuan, menderita, dan kehausan kerana kekurangan bekalan makanan. Akhirnya kedua-dua pihak telah bersetuju untuk melakukan gencatan semjata selama 24 jam. Pda waktu utu, tentera Islam termasuk Rasulullah sendiri mengambil kesempatan untuk beristi rehat dibawah naungan pokok kurma bagi mengelak daripada panas terik matahari.
Akan tetapi kaum musyrikin menggunakan waktu itu sebagai helah. Pada malam hari yang gelap tanpa sinaran bulan. Da’tsur bersama beberapa askarnya bergerak mengintai pasukan tentera Islam yang ketika itu sedang tidur nyenyak. Da’tsur dengan senyap menghampiri Rasulullah yang sedang tidur sambil bersandar pada pokok kurma. Apabila dia telah berda dihadapan Rasulullah Da’tsur mencabut pedang dan diacukan ke leher Rasulullah. Mungkin ingin bermegah dan berlagak sombong dia mengejutkan Rasulullah dan seraya berkata “ Hai Muhammmad, sekarang siapa dapat mempertahankan nyawamu daipada aku ini ?”
Rasulullah menjawab “ Allah yang akan mempertahankan nyawa aku dari mata pedang ini”
Mendengar jawapan yang tidak disangka itu, Da’tsur kagum dan terpesona, sehingga gementar seluruh tubuh badannya, hilang seluruh tenaganya, sehingga pedang yang diacu ke leher Rasulullah itu jatuh menyembah bumi. Dengan pantas, Rasulullah bangun mengambil pedang dan mengacukan semula kepada Da’tsur dengan berkata “ Da’tsur, siapa yanga akan menyelamatkan nyawamu dari mata pedang yanga ada padaku ini?
Denagn badan gemantar dan ketakuatan, Da’tsur menjawab : ‘ Tidak ada yang dapat menyelamatkan nyawa aku dari mata pedang itu, hanya engkau yang dapat menyelamatkan.
Pada saat yang aamt kritis itu, berlakulah satu kebijaksanaan Rasulullah yang penuh dengan rasa hiba dan kasiahan terhadap musuhnya sendiri disertai dengan perasaan maaf yang sebesar-besaranya. Tepat, sebagaimana yang diucapakan oleh Zaid bin Sa’nah, bahawa rasa santunnya selalu mendahului marahnya.
Melihat musuhnya yang ketakutan itu dan tidak berdaya itu, Rasulullah berkata kepada Da’tsur : Hai Da’tsur, ketahuilah bahawa Allah juga yang dapat mempertahankan nyawamu dari mata pedang detanganku ini, bukan aku yang menyelamatkan nyawamu.”
Rasulullah tanpa ragu-ragu lau menyerahkan pedang itu kembali kepad Da’tsur, dengan alasan bahawa saat itu masih berlaku perjanjian penghentian perang. Dengan perasaan lega serta terharu, Da’stur megambil pedangnya dan kembali semula kepada pasukannya dengan perasaan lain. Jika sebelum itu dia mendapatka Rasulullah dengan perasaan marah , dendam dan benci sehingga bersemangat sekali untuk membunuh baginda, kini dia kembali dengan perasaan terharu, kasih dan cinta, terpesona dengan akhlak dan ucapan-ycapan yang keluar dari mulut kekasih Allah itu.
Setelah beliau kembali semula kepada kepada pasukannya, Dat’tsur berkata kepada mereka : Aku kembali dari pertemuan dengan sebaik-baik manusia. Lalu menceritakan akan peristiwa yang terjadi antara Da’tsur dan Rasulullah kepada pasukannya, lantas itu, seluruh pasukan D’tsur menjadi terharu, berubah pandangan mereka terhadap Rasulullah dan kaum Muslimin.
Akhirnya, serentak Da’tsur dan pasukanya itu menyatakan diri menjadi pengikut Rasulullah dengan menganut Islam. Hanya dengan berakhlak mulia dan kebijaksanaan mampu melawan musuh sekaligus dapat mengislamkan musuh.
Maha Besar ALLAH yang telah berfirman yang bermaksud: “ Tidak sama akibatnya cara-cara yang baik dengan cara-cara yang tidak baik. Maka tolaklah ( cara-cara yang tidak baik yang dilkukan oleh pihak musuh ) dengan cara yang lebih baik, sehingga orang yang menaruh permusuhan terhadap dirimu, seolah-olah akan menjadi sahabatmau.”
Dan tidaklah diberi sifat kebijaksanaan yang demikian itu kecuali kepada orang-orang yang sabar, dan tidaklah dapat melakukan kebijaksanaan yang demikian itu, kecuali orang-orang yang mendapatkan kebahagiaan yang besar sekali.

:: Panduan Hidupku ::