Template by:
Free Blog Templates

Photobucket

Saturday, May 2, 2009

CaMner naK dAkWh GoLoNGaN nOn- MUsliM?????



Dakwah kepada orang bukan Islam memerlukan metode yang sesuai dan mantap, supaya usaha dakwah mandapat tarikan dan pengaruh dari sasaran. Langkah pertama yang perlu dilakukan untuk berdakwah kepada orang bukan Islam ialah cuba memahami dasar-dasar agama mereka dan adat-adat kebudayaan, termasuk pantang larang. Dengan itu, usaha mengetahui perkara-perkara tersebut hendaklah dilakukan sebelum memulakan dakwah. Usaha dakwah tanpa mengetahui dasar-dasar agama dan adat kebudayaan sesuatu kaum akan bercanggah dengan peraturan dakwah, yang bukan setakat mungkin tidak menghasilkan kejayaan, tetapi boleh membawa kesan sebaliknya. Orang bukan Islam akan tertarik kepada islam sekiranya Islam :
• Menghayati cara hidup yang tinggi.
• Mempunyai ilmu dan pemikiran yang tinggi.
• Memiliki teknologi yang tinggi.
• Memiliki ekonomi yang tinggi.
• Memiliki ketenteraan yang kuat.
• Berasa dalam status yang tinggi.


PENDEKATAN-PENDEKATAN DAKWAH
 Dakwah Bil Hal
 Pembinaan Hubungan
 Penonjolan Diri Dengan Ketinggian Status
 Penekanan Isi Berhubung Dengan Wahyu Dan Kerasulan
 Menolak Kesamaran Dan Silap Faham
 Penjelasan Keistimewaan Islam
 Membuat Perbandingan
 Pendedahan Kepincangan Masyarakat
 Program Khidmat Masyarakat
 Pemberian Hadiah

1) Dakwah Bil Hal
Dakwah bil hal bererti dakwah melalui contoh teladan yang baik. Ia menjadi contoh teladan atau modul kepada kemuliaan dan keagungan Islam. Dakwah bil hal boleh menghilangkan perasaan prejudis dan negatif orang bukan Islam terhadap Islam. Dakwah bil-Hal lazimnya dilaksanakan dalam ruang lingkup penerapan nilai-nilai Islam dalam amalan dan cara hidup sesuatu masyarakat. Penonjolan contoh teladan yang baik dalam kehidupan harian orang Islam satu perkara yang penting dalam dakwah kerana ia boleh memperlihatkan tentang kemuliaan agama Islam yang perlu diikuti oleh semua orang. Contoh teladan yang baik akan menjadi pengaruh yang besar kepada orang lain untuk mengikuti sesuatu cara hidup yang ditunjukkan. Misalnya penerapan amalan bersatu padu, toleransi, tolong menolong, hormat menghormati dan sebagainya.

2) Pembinaan Hubungan
Membina hubungan bertujuan untuk melahirkan perasaan jinak, percaya dan terpaut kepada usaha dakwah. Ia juga untuk melenyapkan perasaan curiga dan syak wasangka terhadap Islam dan orang Islam. Ia boleh memikat hati sasaran. Kepercayaan memainkan peranan yang besar untuk mempengaruhi seseorang. Nabi s.a.w mengarahkan orang Islam supaya membina hubungan yang baik dengan orang lain, supaya terjalinlah suatu persahabatan yang baik. Persahabatan yang baik di sisi Allah ialah persahabatan yang paling baik di kalangan mereka. Sabda nabi s.a.w (Muhammad Khair Ramadan, 1414H:71):

Maksudnya:
Kawan yang terbaik di sisi Allah ialah orang yang paling baik kepada kawannya, dan jiran yang terbaik di sisi Allah ialah orang yang terbaik kepada jirannya

Hadis tersebut membawa pengukur dari Allah untuk menilai kawan dan jiran terbaik di sisi-Nya. Siapa yang berkawan dan dinilai terbaik oleh kawannya adalah terbaik bagi Allah. Begitu juga jiran. Dalam dakwah, hubungan ini sangat penting kerana ia menjadi lebih senang untuk mempengaruhi sasaran.

3) Penonjolan Diri dengan Ketinggian Status
Pendekatan ini ialah dengan cara menonjolkan diri supaya dapat dilihat bahawa orang Islam memiliki status yang tinggi dalam kehidupan, sebagai kesan daripada agama Islam yang tinggi dan mulia. Pengikut Islam adalah golongan yang berjaya dalam hidup di dunia ini dan hendaklah sentiasa berusaha ke arah itu. Orang Islam tidak sekali-kali satu golongan yang bodoh, jumud, jahil, lemah, comot, pemalas, dan hina, kerana kemuliaan dan ketinggian adalah hak orang bukan Islam.
Kejayaan hidup, terutamanya dari sudut kemajuan ekonomi orang Islam boleh menjadi pendorong kepada orang bukan Islam terhadap Islam. Prof. Khoo Kay Kim menjelaskan bahawa salah satu faktor utama yang menyulitkan orang Cina di negara ini membuat tanggapan dan penilaian terhadap Islam adalah berpunca dari kemiskinan hidup sebahagian besar dari masyarakat Melayu terutama di kawasan luar bandar. Keadaan tersebut difahami bahawa Islam itu agama yang anti kemajuan ekomoni. (Khoo Kay Kim, 1993:27)
Kejayaan hidup yang dicapai oleh seseorang menempatkannya ke dalam golongan yang mempunyai status yang tinggi dan sangat senang menjadi tarikan orang lain kepadanya.

4) Penekanan Isi Berhubung dengan Wahyu dan Kerasulan
Penekanan tentang wahyu dan kerasulan (isi dakwah) adalah untuk memberi kefahaman bahawa Islam berasal dari Pencipta alam ini dan keadaannya berbeza sama sekali dengan agama-agama lain yang punca asalnya tidak menentu, sama ada dari Pencipta atau dari pemikiran manusia. Perbincangan mengenai Al-Quran yang datang dari Allah dan mukjizat-mukjizat yang membuktikannya hendaklah ditonjolkan. Perbincangan juga ditonjolkan tentang keaslian Al-Quran sampai sekarang. Perbincangan-perbincangan tersebut untuk memperlihatkan bahawa Islam bukan agama manusia ,tetapi agama Pencipta alam ini.

5) Menolak Kesamaran dan Silap Faham
Antara penekanan yang diperlukan ialah berusaha memecahkan persoalan-persoalan negatif terhadap Islam yang sering timbul dalam pemikiran orang bukan Islam terhadap Islam. Disebabkan persoalan-persoalan negatif tersebut, menjauhkan orang bukan Islam dengan Islam. Dalam soal selidik (pertengahan 1999) didapati antara tanggapan negatif orang bukan Islam terhadap Islam ialah Islam sangat banyak peraturan yang mengongkong penganutnya. Kesamaran seperti ini perlu diperelaskan dengan sebaik-baiknya.
Antara kesamaran yang perlu diberikan penelasan ialah yang berhubung dengan:
• Perbezaan antara Melayu dan Islam
• Konsep keadilan dalam Islam
• Konsep kebebasan dalam Islam
• Pakaian dalam Islam
• Islam dan kemajuan sains
• Hukum Islam
• Sebab- sebab kemunduran orang Islam
• Islam untuk seluruh dunia
• Hubungan orang Islam dengan orang bukan Islam

6) Penjelasan Keistimewaan Islam
Berusaha menjelaskan tentang keistimewaan Islam (isi dakwah) dan keuntungan-keuntungan yang akan didapati melalui Islam. Dengan itu, keadilan, kesejahteraan, persamaan, peluang dalam pencarian penghidupan dan lain-lain dasar dalam Islam perlulah ditonjolkan penjelasannya, supaya orang bukan Islam berasa tidak rugi dengan mengikuti Islam, malah sebaliknya. Antara tanggapan orang bukan Islam sekarang ialah bahawa semua agama itu sama dan tiada apa-apa keuntungan pada Islam. Penjelasan tentang kelebihan dan keuntungan yang ada pada Islam boleh mempengaruhi sasaran.

7) Membuat Perbandingan
Mengadakan perbandingan antara Islam dengan agama-agama lain yang ada di Malaysia untuk memperlihatkan antara Islam dan agama-agama lain mempunyai perbezaan yang besar. Isu perbandingan hendaklah ditekankan dalam hal-hal berhubung kepercayaan, terutamanya jika diukur dengan logik pemikiran akal. Perbandingan seperti ini untuk memperlihatkan bahawa dasar-dasar akidah dalam Islam sesuai dianuti oleh manusia sekarang, kerana ia senang dan mudah difahami. Akan tetapi, tugas dakwah adalah menyampaikan dan ukan untuk memaksa dengan keras serta berhujah sehingga menimbulkan kemarahan. Apa yang perlu adalah metode dan isi penyampaian yang boleh menyakinkan agar mesej dakwah dapat memberi keuntungan dan kebaikan kepada semua.

8) Pendedahan Kepincangan Masyarakat
Mendedahkan kepincangan masyarakat manusia kini (isi dakwah) yang perlu dicari jalan untuk menyelamatkannya. Pendedahan juga perlu ditonjolkan bahawa Islam paling sesuai untuk dijadikan penyelamat kepada manusia sejagat. Pendedahan juga perlu ditonjolkan tentang tiada hubungan antara kepincangan yang terdapat dikalangan orang Islam sekarang dengan agama Islam.

9) Program Khidmat Masyarakat
Mengatur program khidmat masyarakat untuk membantu golongan yang memerlukannya. Khidmat masyarakat boleh memikat sasaran atas khidmat yang diberikan. Banyak khidmat masyarakat yang boleh disumbangkan sekarang, terutamanya kepada golongan yang lemah dan memerlukan. Contohnya kepada golongan Orang Asli dengan menziarahi mereka, memberi sedikit bantuan sekali gus menerapkan nilai-nilai Islam kepada mereka.



10) Pemberian Hadiah
Antara fungsi hadiah ialah untuk menambat hati dan merapatkan hubungan. Islam sangat mementingkan pemberian hadiah. Sabda nabi s.a.w (Muhammad Khair Ramadan, 1414H:71)

Maksudnya:
Berilah hadiah, sesungguhnya hadiah itu menghilangkan kemarahan hati.

Hadis tersebut sangat menggalakkan orang Islam memberikan hadiah kepada orang lain kerana perbuatan tersebut boleh menhilangkan tanggapan negatif dan kemarahan dalam hati. Dengan itu, akan terbinalah hubungan baik antara pihak berkenaan.
Pemberian hadiah seperti ini bukan sahaja digalakkan kepada sesama Islam, malah juga kepada orang bukan Islam, terutamanya seperti jiran, kenalan dan sebagainya. Pemberian hadiah akan melahirkan saling mempercayai yang akan berguna besar kepada dakwah.
Dalam usaha-usaha yang dilakukan itu, satu perkara penting yang perlu dipertahankan ialah kejujuran dalam melaksanakan tugas dakwah. Kalaulah kejujuran ini hilang, maka kehilangan kepercayaan sasaran akan berlaku dan ia akan menadi sia-sia.
Di samping pendekatan dakwah secara umum kepada orang bukan Islam di Malaysia, pendekatan khusus kepada kaum-kaum tertentu hendaklah diambil perhatian, iaitu:
(a) Kepada sasaran keturunan Cina.
Penekanan khusus kepada orang Cina ialah yang berhubung dengan:
• Perbincangan dalam isu masuk Islam bukan bererti masuk Melayu. Identiti kaum dan keturunan asal masih kekal setelah memeluk Islam dan yang perlu dihapuskan ialah sifat-sifat buruk dan ia tiada kaitan dengan Melayu. Antara Islam dan Melayu ada tempat berbeza dan ada tempat persamaan.
• Isu-isu silap faham atau kesamaran terhadap Islam, seperti Islam susah, banyak peraturan, orang Islam terkongkong dengan peraturan dan tanggungjawab yang banyak dan lain-lain isu.
• Penonjolan bahawa peraturan dan tanggungjawab dalam Islam adalah untuk mempastikan keselamatan dan kesejahteraan pengikutnya, bukan untuk membebankan mereka.
• Keuntungan-keuntungan yang didapati melalui Islam
• Islam berada dalam status yang tinggi.
• Asal usul agama Buddha dan Kristian dan sejauh manakah kesyumulan ajaran kedua-duanya, terutamanya jika dibandingkan dengan Islam.
• Kesesuaian agama Buddha dan Kristian dengan masyarakat sejagat masa kini.
• Bukti-bukti tentang wujudnya pencipta dan pentadbir kepada seluruh alam ini.

(b) Kepada sasaran dari keturunan India
Penekanan khusus kepada sasaran keturunan India ialah yang berhubung dengan:
• Pendedahan berhubung dengan asal usul agama, terutamanya agama Hindu dan agama Islam.
• Hak-hak persamaan dalam Islam.
• Islam dan keadilan masyarakat.
• Kepercayaan-kepercayaan dalam Hindu diukur dengan logik akal fikiran.
• Benda-benda yang dipuja dalam Hindu di ukur kesesuainnya dengan sifat manusia yang mulia.
• Isu poligami sebagai penyelesaian masalah masyarakat, bukan penganiyaan terhadap wanita.
• Peraturan-peraturan dalam Islam untuk menjamin kesejahteraan orang ramai, bukan sekali-kali membebankan mereka.
• Penggunaan bahasa yang sesuai, iaitu bahasa ibunda. Bahasa penting untuk berdakwah kepada golongan bawahan orang India. Menggunakan bahasa selain dari bahasa mereka kurang difahami dan tidak diminati.

(c) Kepada sasaran pengikut Kristian
Penekanan khusus kepada orang Kristian ialah yang berhubung dengan:
• Hubungan antara Nabi Isa (Jesus Christ) dengan Nabi Muhammad s.a.w dan juga nabi-nabi lain.
• Kitab suci Al-Quran dan Bible, dan keaslian masing-masing.
• Isu-isu pokok dalam Kristian, seperti konsep Triniti dan dosa warisan
• Perubahan-perubahan dalam Bible berdasarkan sejarahnya
• Kesyumulan Al-Quran dan Bible, dan kesesuaian masing-masing dengan pembangunan masyarakat sejagat masa kini.

CiNTa???





kerana cinta..
tiada jemu-jemu berdakwah..

kerana cinta..
tiada jemu-jemu nasihat..

kerana cinta..
tiada jemu-jemu peringatan..

kerana cinta..
tiada jemu-jemu berkhidmat..

kerana cinta..
tiada kenal erti lelah..

kerana cinta..
tiada paksaan tercipta..

kerana cinta..
kerelaan yang agung menguasai jiwa..

kerana cinta..
prihatinnya senantiasa..

kerana cinta..
risau tentang saudaranya melebihi dirinya..

kerana cinta..
sakit menghantui tiada merasa..

kerana cinta..
dikritik tidak mengapa..

kerana cinta..
dipuji, Alhamdulillah (Segala Puji-Pujian Hanya Milik Allah Taala)..

kerana cinta..
tiada mahu kawan menjadi musuh kelak..

kerana cinta..
tiada rela yang tersayang hanyut..

kerana cinta..
melebihi rasa tanggungjawab..

kerana cinta..
tiada had dan masa..

kerana cinta..
tiada kecewa dan putus asa..

kerana cinta..
hanya terumpan dengan RedhaNya..

kerana cinta..
itu anugerah Allah..
pada Sang Pejuang..
yang benar-benar..
hanyut dalam cintaNya..


Wahai diri, berdakwah atas dasar tagggungjawab sahaja tidak cukup..
lahirkan sifat mahabbah dari hati.
Penyampaian atas dasar kasihan dan mahabbah itu sangat bermakna.
Tiada dukacita yang kau rasa.
Hanya pandaNgan rahmatNya yang kau nampak.
Cukup RedhaNya.
Tiada perlu yang lain.
Kerana kau yaqin dengan Dia.
Kerana kau yakin Dia Maha Mengetahui yang Terbaik buatmu.
Astaghfirullahalazim. Allahualam.

:: Panduan Hidupku ::